Saturday, June 29, 2013

21 TEKNIK BELAJAR YANG BETUL

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan


KAEDAH-KAEDAH BELAJAR

JARANG-JARANG diketahui oleh sesetengah pelajar bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka.

Tidak diketahui pula bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan soal ini.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain.

Keterangan-keterangan berikut mengandungi punca-punca yang akan membantu kejayaan seseorang itu :

(a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa .............. 50 - 60 %
(b) Kesungguhan , minat dan cara-cara mentelaah yang memberi
kesan ............................ 30 -40 %
(c) Nasib dan faktor persekitaran .................................. 10 - 15 %


Kebolehan sebenarnya dapat menolong seseorang ke arah kejayaan itu tetapi kebolehan sahaja tidaklah memadai. Ramai di antara pelajar yang bijak kecewa terutama dalam subjek-subjek yang sukar seperti Matematik dan Sains. Sebab utamanya para pelajar tidak merangkumi keseluruhan teknik yang diperlukan atau tidak pernah memikirkan cara-cara untuk belajar dengan berkesan. Umpamanya rancangan dengan jadual belajar .

JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS :
1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu
setiap hari ? Ya / Tidak
2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak

3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak
memulakan study kamu ? Ya / Tidak

4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada
waktunya ? Ya / Tidak

5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak

6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah
dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak

7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak
mengetahuinya ? Ya / Tidak 

8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum
membaca dengan teliti ? Ya / Tidak

9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah
semasa membaca ? Ya / Tidak

10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di
tempat yang sama ? Ya / Tidak

11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya
daripada apa yang dibaca dalam
perkataan sendiri ? Ya / Tidak

12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga
l arut malam ? Ya / Tidak

13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan
yang cukup ? Ya / Tidak

14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat
secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak

JAWAPAN :
1. Ya 8. Ya
2. Ya 9. Tidak
3. Tidak 10. Ya
4. Ya 11. Ya
5. Ya 12. Tidak
6. Ya 13. Ya
7. Ya 14. Tidak
Kamu dapat membuat kesimpulan yang tersendiri sejauh mana kemajuan yang telah kamu perolehi. Atau adakah pertanyaan-pertanyaan di atas itu telah terjawab dan kamu telahpun mengamalkannya?

Jika anda gagal dalam banyak ujian di atas maka fikirlah segera cara membaikinya.

Adakah hidup kamu benar-benar dirancang? Cuba analisis diri dengan berpandukan jadual berikut :

Kegiatan / Lama Yang Sepatutnya 
Tidur / 6 - 7 jam 
Makan / 1 jam 15 minit 
Mengikuti kelas@pejabat / 6 jam
Belajar / 4 jam 
Kelab,persatuan,sukan / 2 jam
Aktiviti-aktiviti sosial /1 jam
Perjalanan / 1 jam
Lain-lain pekerjaan yang perlu / 1 jam
Jumlah / 24 jam
Masa belajar setiap hari mesti tidak kurang 4 jam. Jika tidak dapat dicapai maka kamu mesti berfikir secara serius, kenapa? Munginkah kerana tidur dan berbaring-baring atas katil melebihi 8 jam? Atau mungkin juga akiviti sosial dan lain-lain pekerjaan yang perlu memakan masa lebih daripada 2 jam. Umpamanya berbual-bual kosong, menonton TV atau mandi yang terlalu lama.

Ingatlah "masa itu emas". Sekiranya ia berlaku kamu tidak dapat memilikinya lagi. Mengikut kata pujangga "Hari kelmarin sudah pun pergi, hari ini pasti ada ; hai esok belum tentu bahagia". Jadi kita mesti gunakan masa yang pasti ada ini untuk menyediakan hari esok yang akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya. Setiap kesempatan mesti digunakan untuk belajar.

Biasakan diri dengan tabiat membaca umpamanya sementara menunggu bas, semasa di kantin, semasa membuang air besar dan lain-lain.

Pendek kata dunia kamu adalah buku dan kamu mestilah menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.

Kelulusan kamu sama ada peringkat cemerlang (Distinction) kepujian (credit) atau lulus (pass) bergantung kepada pemusatan fikiran dan perhatian yang diberikan. Kalau kamu bertekad mendapat Pangkat A1 atau A2, kamu mestilah mencurahkan tenaga dan masa seperti orang yang mahu mendapatkan pangkat lebih daripada A1. Dan kalau kamu ingin mendapat kepujian (katakan C6) curahkan tenaga untuk mendapatkan A2. Ringkasnya curahkan tenaga berkali-kali ganda lebih banyak atau tinggi daripada apa yang dicita-citakan.

Anda harus mempunyai rasa tanggungjawab dan disiplin diri. Orang yang bertanggungjawab akan berusaha besungguh-sungguh agar lulus dengan baik. Dia sedar akan maruahnya .

Masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar ialah godaaan (ancaman) pengaruh luar seperti kawan, permainan, kelab, hiburan dan seumpamanya . Semua ini akan berjaya mematahkan semangat dan memesongkan haluan kamu jika azam kamu tidak kuat , matlamat tidak bulat dan padu.

Segala usaha dan ikhtiar kan dibalas baik jika dilakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Ucapkan nama Tuhan sebelum memulakan sesuatu

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

a.         Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk            tegak
            lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b.         Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius .          Semasa
            membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c.          Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara         berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d.         Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca.
            Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya          dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas       amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat             dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1      tahun.


TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah :
  • Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
  • Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
  • Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
  • Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
  • Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR

JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah ditolak masa di sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain.

Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza.

Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar. Contohnya

Hari Ahad          : 9.00 pagi - 10.00 pagi
                        : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
                        : 2.00 petang - 3.30 petang
                        : 3.30 petang - 5.00 petang
                        : 8.30 malam - 10.00 malam
                        : 10.00 malam - 11.30 malam

Hari Isnin           : 2.30 petang - 4.00 petang
                        : 4.00 petang - 5.30 petang
                        : 8.30 petang - 10.00 malam
                        : 10.00 malam - 11.30 malam

Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan keentingan dan kelemahan diri.

Contohnya :
  1. Matematik - 4 kali seminggu
  2. Bahasa Inggeris - 2 kali
  3. Sejarah - 4 kali
  4. dan seterusnya
Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas.

PERINGATAN :
  • Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari , maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari.
  • Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi.
  • Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .
  • Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.

TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN

SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSr, kamu tidak seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat sebaik sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota.

Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami.

Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu? Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita sediakan sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota sendiri perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang peperiksaan saja.

Cuba kamu ikut contoh Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM. Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan Pentadbiran. Tentu kamu tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata pelajaran yang telah diambilnya. Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti jejak langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari ikut teknik Fazley.

LANGKAH PERTAMA

Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu.

LANGKAH KEDUA

Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca. Bacalah mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting kamu faham, kemudian baru buat nota.

LANGKAH KETIGA

Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum

LANGKAH KEEMPAT

Mula menulis nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain. Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan.

LANGKAH KELIMA

Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah, nama tokoh - warna biru.

LANGKAH KEENAM

Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.

LANGKAH KETUJUH

Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang , silalah baca .

Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara sistematik. Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah yang baik.

Menurut Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya, ketika menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca nota kecil itu. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat tanpa menunggu hari peperiksaan.

Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat nota pada peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak membuat persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu.

PETA MINDA

Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah ini lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan. Di samping itu, peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan semuala makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.

Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Melalui peta minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu seoalah-olah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri. Segala maklumat yang kamu susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difahami.


PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA
  • Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul
  • Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
  • Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta
  • Baca keseluruhan teks dengan laju
  • Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
  • Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
  • Bina peta minda

KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA
  • Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
  • Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik
  • Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya
  • Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
  • Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol
  • Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
  • Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini
NOTA ISTILAH

Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau formula di atas kad atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat .

KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH
  • Baca topik dengan teliti
  • Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
  • Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama
  • Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh

Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)
Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)
1 . Zaman Paleolitik
  • Manusia hidup berpindah-randah - dlm kelompok yg kecil
  • Mencari sumber makanan - tumbuhan liar
  • Memburu binatang - dimkn
  • Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat
  • Tinggal - di dlm gua - di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai
  • Peralatan harian - diperbuat drp batu & tulang

NOTA GAMBAR RAJAH
Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik yang dipelajari . Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang sedang diulang kaji . Gambar rajah atau carta penting , bolehlah kamu salin daripada nota , buku teks atau buku rujukan . Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini lebih menarik . Kamu bebas untuk memilih bentuk gambar rajah .

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH
  • Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul
  • Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
  • Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .
Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.

Friday, June 28, 2013

Segalanya Kekal MISTERI Jika Tidak Mencari: Ribuan Manusia Melihat UFO Di Brazil?

Ceciter Misteri - Segalanya Kekal MISTERI Jika Tidak Mencari: Ribuan Manusia Melihat UFO Di Brazil?: UFO adalah nama tidak asing bagi anda, saya dan lain mendengarnya; samada menonton didalam dokumentari youtube atau di televisyen. Ed...

5 TEMPAT PALING BERHANTU DI MALAYSIA



1. HIGHLAND TOWER

Pada 11 Mac 1993, bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang menjadi mangsa korban. Berikutan kejadian tersebut, 2 lagi blok dikosongkan sejurus sahaja selepas kejadian. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang yang tersenarai di Wikipedia manakala mangsa yang selebihnya, terus terkubur di tapak itu. Mungkin, atas sebab itulah tempat ini "berhantu". Pernah juga Ceciter Misteri mendengar pengalaman dari pemandu teksi yang menghantar penumpang di daerah ini namun apabila sampai di lokasi yang dituju, "penumpang yang kebiasaannya duduk di tempat duduk belakang akan ghaib!! 

Komen Ceciter Misteri : Ceciter Misteri juga pernah meninjau ke lokasi ini di waktu malam sekitar 5 tahun lepas. Benar, tempat ini mempunyai sejenis energi yang mendatangkan perasaan seram dan sedih. Namun kami tidak mengalami apa-apa kejadian aneh.



2.BANGLO MONA FANDEY


Nama Mona Fandey atau Maznah Ismail agak popular pada awal 90-an kerana kes bunuh ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris ditemui tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo ini yang terletak di Pahang. Mona merupakan seorang penyanyi pop dan dipercayai mengamal ilmu batin. Pada tahun 2001, Mona dan 2 lagi orang dijatuhi hukuman gantung dan hukuman tersebut dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.

Mona Fandey dan suami serta pembantu mereka


Komen Ceciter Misteri : Mana cerita hantunya? Benarkah tempat ini berhantu? Setakat ini, Ceciter Misteri belum pernah dengar apa-apa kisah yang melibatkan banglo tersebut. Jika ada pembaca yang pernah mengalami atau pernah mendengar cerita banglo ini, sila kongsi ya. 


3. KEMAYAN CITY 


Kemayan City Mall. Hmm.... Nama juga sudah mendatangkan perasaan seram. Terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Tidak banyak yang kami dapat selongkar tentang latar belakang bangunan ini namun, apa yang selalu kami dengar, 'mangsa' bangunan ini selalunya warga Singapura. Benarkah? Berikut adalah kisah yang biasa diceritakan.









Sebuah keluarga yang berasal dari Singapura menghadiri kenduri saudara mereka di Johor. Sewaktu pulang dari kenduri pada lewat malam, mereka terlihat sebuah pusat membeli-belah yang terang bercahaya dan kelihatan meriah. Mereka mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bangunan itu dan bershoppingsakan. Selesai membeli-belah semahunya, mereka segera pulang ke Singapura memandangkan hari semakin lewat. Sampai sahaja di rumah, alangkah terkejutnya mereka apabila barang-barang yang diletakkan di dalam but ghaib dan duit 'baki' yang diberi jurujual tidak lagi berada di dalam poket. Yang ada hanyalah dedaun kering. Keesokannya siang, mereka pergi bangunan itu sekali lagi dan mendapati bahawa bangunan itu sememangnya kosong.

Komen Ceciter Misteri : Hmmm... Kisah ini agak cliche dengan kisah-kisah seram yang lainnya. Ada sesiapa yang pernah mengalaminya sendiri. Jika ada rezeki, mahu juga kami kesana. Katanya, gangguan hanya terjadi di antara jam 12 malam sehingga 4 pagi.


4. LEBUHRAYA KARAK

Tidak lengkap sebuah artikel seram itu jika tidak dikaitkan dengan Lebuhraya Karak yang dipercayai penuh dengan misteri. Lebuhraya tersebut juga menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Siapa yang tidak pernah dengar akan kisah Volkswagen Kuning ataupun Iswara putih. Sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terowong di Genting Sempah?

Komen Ceciter Misteri : Pengalaman peribadi kami bukannya di lebuhraya ini tetapi selepas melalui kawasan ini. Setibanya di Janda Baik, Pahang, sahabat kami yang sedang memandu tiba-tiba seperti mengelak sesuatu di tengah jalan. Apabila ditanya, dia berkata bahawa dia mengelak seekor anjing bewarna hitam sedangkan kami yang lain tidak nampak seekor makhluk pun di situ.


5. Villa Nabilla
Sebuah lagi lokasi berhantu di daerah Johor Darul Ta'zim. Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran Straits View Hotel dan menghala Dataran Johor Bahru. Kami mendapat 4 versi kisah banglo ini dari dalam laman web namun, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar dibelakang misteri banglo ini

Versi 1
Sebuah keluarga yang kaya dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Nabilla. Oleh kerana terlalu menyayangi anak itu, mereka menamakan rumah tersebut dengan Villa Nabilla. Suatu hari, rumah mereka dirompak oleh sekumpulan penjenayah yang kemudiannya membunuh kesemua penghuni manakala mayat anak perempuan itu disimen di dalam dinding/lantai rumah tersebut. Misteri terungkai apabila mereka yang diganggu meminta pertolongan dari 'orang bijak pandai' yang berjaya mengeluarkan mayat Nabilla. Kejadian yang berlaku dipercayai bersangkut paut dengan dendam dan iri hati ibu tiri Nabilla.

Versi 2
Keluarga Nabilla adalah golongan berada dan mereka hidup dalam keadaan harmoni. Tanpa diketahui sebab musababnya, suatu hari bapa Nabilla mengamuk dan menembak semua orang di dalam banglo tersebut dan kemudian membunuh dirinya sendiri. 

Versi 3
Keluarga Nabilla telah dirompak dan Nabilla telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Mayatnya ditanam di dinding rumah tersebut. 

Versi 4
Ada sekeluarga yang bahagia tinggal di villa itu. Keluarga itu dianugerahkan pewaris kekayaan dan dialah si jantung hati kepada kedua orang tuanya.
Nabilla nama diberi. Tidak diketahui latar belakang keluarga itu. Nabilla telah di bunuh dengan kejam oleh amah di rumah itu. Mayatnya di simenkan di dinding rumah tersebut. Menurut cerita saksi yang pernah masuk ke dalam rumah itu, terdapat sebuah kolam renang dan segala perabot masih ada serta dalam keadaan baik. Terdapat juga gambar-gambar Nabilla di atas meja ruang tamu. 

Ini BUKAN Lukisan! 25 Tempat PELIK Tapi MENARIK!



25 Tempat yang PELIK tetapi MENARIK. Ianya bukan sebuah LUKISAN abstrak tetapi gambar di lokasi sebenar! Pelik kan? Tapi BENAR!

1. Lisse Netherlands




2. Tasik Retba, Senegal



3. Gua Kristal, Skaftafell, Iceland



4. Arca - Newfoundland, Canada




5. Gullfoss - Iceland



6. 'Pintu Neraka' - Derweze, Turkmenistan




7. Moraviz, Republik Czech


8. Chihuahua, Mexico



 9. Stockholm, Sweden


10. Vallejo, California



11. Pergunungan Roraima, Venezuela





 12. Abhaneri India


13. Mauritania



14. Hutan Batu - Yunnan, China



15. Gunung Grinnell - Taman Negara Glasier, Montana


 16. Gua Hang Son Dong - Vietnam

17. Taman Negara Yellowstone Wyoming



 18. Arizona



19. Salar De Uyuni, Bolivia



 20. Zhangye China

21. Namibia



 22. Iceland

23. Socotra, Yemen




 24. Lapland Finland


 25. Terowong Cinta - Kleven, Ukraine