Friday, August 23, 2013

Tips Menjawab 18 Soalan SULIT Ketika Sesi Temuduga Kerja

temuduga
Temuduga adalah proses yang paling kritikal sekali di dalam proses permohonan pekerjaan. Hal ini kerana, anda harus mempersiapkan diri dengan sebaiknya samada dari segi fizikal dan mental. Kali ini anda akan diberi tips menghadapi 18 soalan yang paling umum dan sukar di dalam sebah temuduga kerja.
 
1.     Beritahu kami tentang diri anda?
Biasanya, soalan ini adalah soalan pembuka. Oleh itu, jangan habiskan masa terlalu lama untuk menjawabnya. Berikan jawapan yang dari segi empat perkara ini, iaitu; tahun-tahun terakhir pendidikan, pengalaman kerja terdahulu dan pengalaman kerja semasa.
 
2.     Apa yang anda tahu mengenai kami?
Ketika anda diajukan oleh soalan ini, anda diharapkan oleh penemuduga untuk mengulas mengenai produk atau perkhidmatan, keuntungan, reputasi, pandangan masyarakat, objektif, masalah, gaya pengurusan, kakitangan, sejarah dan falsafah organisasi. Berikan jawapan yang menunjukkan anda meluangkan masa untuk mencari maklumat mengenai organisasi tersebut. Tetapi janganlah anda bercakap seperti anda tahu semua tentang organisasi tersebut. Tunjukkan keinginan anda untuk mempelajari lebih banyak tentang organisasi tersebut, dan jangan memberikan jawapan yang negatif seperti “Saya tahu syarikat ini mengalami masalah”. Tekankan keunggulan dan kejayaan organisasi serta minat anda terhadap organisasi.
 
3.     Apa yang dapat anda berikan kepada kami (yang orang lain tidak boleh beri)?
Sebutkan prestasi dan pencapaian kerjaya yang telah anda capai. Sebutkan kemampuan dan perkara-perkara yang menarik perhatian penemuduga, nyatakan bagaimana anda lakukannya.
 
4.     Nyatakan kemampuan anda menentukan kepentingan, mengenalpasti masalah, dan apa yang paling menarik bagi anda bagi jawatan yang dipohon? Dan apa yang paling tidak menarik?
Sebutkan tiga atau empat faktor menarik dari pekerjaan yang anda ingin miliki ini dan satu faktor yang kurang menarik bagi anda.
 
5.     Mengapa kami harus mengambil anda bekerja?
Soalan ini sama seperti soalan nombor empat tadi, sebutkan sahaja kelebihan diri anda yang mampu menyokong organisasi ini.
 
6.     Apa yang anda cari di dalam sesuatu pekerjaan?
Berikan jawapan yang berkaitan dengan peluang di dalam organisasi. Beritahu penemuduga sekiranya anda ingin memberikan sumbangan dan dikenali di dalam oragnisasi di masa akan datang. Hindari jawapan yang mempersoalkan kestabilan kewangan peribadi.
 
7.     Bagi anda, apa definisi dari jawatan yang anda pohon ini?
Berikan jawapan yang ringkas dan berkaitan tugas dan tanggungjawab jawatan yang anda pohon itu. Pastikan anda tahu mengenai jawatan tersebut sebelum anda menjawabnya.
 
8.     Berapa lama waktu yang anda perlukan untuk memberikan sumbangan bermakna kepada kami?
Berikan jawapan yang realistik. Beritahukan penemuduga, walaupun anda akan berusaha mengatasi segala harapan orang atasan kepada anda dan mendapat kritikan dari hari pertama, anda memerlukan sekitar enam bulan untuk betul-betul mengenali organisasi tersebut dan keperluannya.
 
9.     Berapa lama ada akan bersama kami?
Beritahu kepada penemuduga bahawa anda sangat berminat bekerja bersama oragnisasi tersebut. Anda mahu bersama-sama menghadapi segala kesukaran, dugaan dan mencapai matlamat organisasi bersama.
 
10.  Dari CV anda, kami rasa anda terlalu berpengalaman bagi menjawat jawatan ini. Bagaimana pendapat anda?
Ini soalan perangkap. Anda diharapkan untuk merendah diri namun percaya pada diri dengan kemampuan anda. Cara terbaik menjawab soalan ini ialah katakan anda perlukan masa untuk mengenali organisasi dengan lebih jauh sebelum menjadi cekap untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.
 
11.  Kenapa anda meninggalkan pekerjaan anda yang sebelum ini?
Anda sebaiknya menjawab soalan ini denga jujur namun ringkas dan jelas termasuk jika hal anda dipecat dari pekerjaan sebelum ini. Walaubagaimana pun, anda sebaiknya jangan menyebut tentang konflik peribadi. Anda perlu menjangkakan bahawa penemuduga mungkin akan bertanya banyak soalan tentang masalah ini, jangan sampai anda beremosi.
 
12.  Apa yang anda rasakan ketika harus berhenti dari pekerjaan anda?
Beritahu penemuduga bahawa anda berasa bimbang namun tidak panik. Katakan bahawa anda telah sedia menerima segala risiko demi mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk anda. Jangan menunjukkan anda lebih mementingkan kestabilan kewangan.
 
13.  Di dalam pekerjaan anda sebelumnya, apa yang anda suka? Dan apa yang anda tidak suka?
Berhati-hatilah dalam menjawab soalan ini dan kemukakan perkara-perkara yang positif. Nyatakan secara terperinci hal yang anda suka dan tidak suka. Jangan menyebut tentang masalah peribadi. Jika prestasi anda teruk di dalam pekerjaan sebelum ini, penemuduga akan bertanya-tanya mengapa anda berada di sana. Hal ini akan menjejaskan profesionalisme anda.
 
14.  Apa pendapat anda tentang ketua anda sebelumnya?
Soalan ini juga hendaklah dijawab dengan berhati-hati. Jawablah soalan ini dengan positif kerana bakal ketua anda akan merasakan anda akan mengata hal-hal yang buruk tentangnya seperti apa yang anda lakukan terhadap bos anda terdahulu.
 
15.  Mengapa anda tidak mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di usia anda sekarang?
Soalan ini adalah soalan perangkap juga. Beritahu penemuduga bahawa inilah sebab anda memohon jawatan di organisasi ini. Jangan bersikap defensif.
 
16.  Berapa gaji yang anda inginkan?
Ini soalan yang menarik, namun pastikan anda menyebut had angka misalnya RM2,000 – RM2,500, yang anda yakin merupakan gaji yang sesuai atau anda sendiri bertanya kepada penemuduga berapa had gaji yang akan diberi untuk jawatan tersebut. Jika anda diajukan soalan ini pada awal sesi temuduga, sebaiknya elakkan bertanya yang anda ingin tahu berapa banyak tanggungjawab yang akan anda pegang di perusahaan tersebut sebelum menjawab soalan gaji ini. Tegaskan bahawa anda mementingkan pekerjaan dan bukan menjual standard anda.
  
17.  Apa matlamat jangka panjang anda?
Untuk menjawab soalan ini, anda perlu meneliti organisasi tersebut dan mengetahui perancangan dan matlamat mereka. Jawapan anda hendaklah seiring dengan matlamat dan obejktif organisasi.
 
18.  Berapa banyak kejayaan yang anda rasa anda telah capai?
Berikan jawapan yang positif dan percaya pada diri, namun jangan memberikan jawapan yang berlebih-lebih. Jangan membuat penemuduga berasa anda seorang yang suka membesar-besarkan sesuatu.
 

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan


Pada waktu ini kita sedar bahawa ramai yang memohon untuk bekerja di jabatan kerajaan kerana beberapa sebab yang tertentu. Antaranya skim pencen yang boleh menjamin masa depan setelah berhenti serta faedah-faedah lain yang agak menarik jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan pada waktu dahulu.
Oleh kerana permohonan yang diterima sangat banyak dan jumlah calon yang layak juga besar berbanding dengan kekosongan yang ada, sesi temuduga akan diadakan untuk membuat saringan diantaranya atas sebab-sebab berikut:
  • Majikan samada pengarah atau ketua jabatan yang akan menjadi penemuduga mahu mengenali calon secara lebih dekat dan menilai dari segi fizikal samada calon sesuai untuk melakukan tugas-tugas yang akan diberi. Untuk tujuan ini, penampilan diri akan dinilai pada hari temuduga tersebut;
  • Cara seseorang calon berkomunikasi samada dari segi nada suara, gaya bahasa yang dituturkan, bahasa yang tidak dituturkan iaitu gaya gerak badan semasa sesi temuduga, cara duduk dan pergerakan anggota badan semasa memberi jawapan dan sebagainya;
  • Sikap seseorang individu akan dapat dikenal pasti melalui maklum balas kepada pertanyaan yang diajukan. Isi kandungan jawapan yang diutarakan seseorang calon akan membantu penemuduga menganalisa samada calon sudah membuat persediaan yang cukup atau sambil lewa. Ciri-ciri seperti adakah calon seorang yang pentingkan diri sendiri atau suka membuat kerja dalam kumpulan dan sebagainya akan dapat ditentukan melalui sesi soal jawab temuduga.
  • Waktu sesi temuduga akan digunakan untuk menyemak dan menganalisa semua dokumen kelayakan, sijil-sijil dan surat sokongan yang berkaitan. Penemuduga akan dapat kenal pasti bahawa tiada maklumat yang palsu diberi semasa mengisi boring permohonan dengan menyemak sijil atau dokumen asal.
  • Penemuduga juga akan menilai samada calon betul-betul berminat untuk bekerja di jabatan yang dipohon. Ini adalah kerana ada segelintir calon yang membuat permohonan kerana desakan ahli keluarga.

Apabila anda memahami apa yang ingin dicari dan dilihat oleh penemuduga semasa sesi temuduga, pencarian maklumat akan menjadi lebih mudah. Anda juga akan lebih fokus dan dapat membuat persediaan dengan lebih teratur.
Pertama sekali anda harus fikirkan dan membuat persediaan bagaimana harus anda menarik perhatian penemuduga terhadap penampilan anda bermula saat anda melangkah ke bilik temuduga. Pakaian yang bersih, sopan dan menjaga tata susila seorang individu perlu dijaga. Jangan pula memilih pakaian yang terlalu bergaya seperti anda ingin ke majlis makan malam dan sebagainya. Pakaian yang anda pakai mestilah selesa kerana anda tidak pasti tempoh masa yang akan diambil oleh penemuduga.
Contoh pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata, kemas dan bersesuaian ialah baju kurung untuk calon wanita dan kemeja berlengan panjang serta berseluar panjang bukan dari jenis kain “jeans” bagi calon lelaki. Bagi calon lelaki juga, jangan lupa untuk memakai stokin yang sesuai iaitu yang berwarna gelap dan bukan yang menonjol seperti berbelang dan sebagainya. Pakailah tali leher dan jaket atau kot untuk gaya yang lebih yakin. Bagi calon wanita pula, anda mestilah memakai kasut yang menutup kaki dan tumit kasut yang tidak terlalu tinggi supaya anda selesa untuk berjalan masuk dan keluar bilik. Anda pasti tidak mahu sesuatu menimpa seperti kemalangan kecil berlaku di tempat temuduga bukan? Penampilan diri semasa masuk, duduk, bercakap dan keluar dari bilik temuduga mestilah dijaga. Setiap langkah dan tutur kata boleh memberi kesan terhadap prestasi temuduga anda.
Cara anda berkomunikasi amatlah penting. Anda dinasihatkan untuk memandang penemuduga yang mengajukan soalan apabila menjawab. Adalah tidak beradab jika anda berkomunikasi dengan penemuduga tetapi pandangan diarahkan ke tempat lain. Walaupun anda kurang yakin dengan jawapan yang akan anda utarakan, anda perlu teruskan sahaja dengan nada suara yang selesa dan menunjukkan riak muka yang yakin.
Walaupun gugup, anda harus tenangkan diri dahulu, mungkin anda boleh berbual ringan untuk menghilangkan rasa gementar anda sebelum mula bercakap kerana ini akan membantu menenangkan diri.
Persiapan diri dari segi mengumpul maklumat pula akan membantu anda menjawab soalan yang diajukan penemuduga dengan lebih yakin. Dokumen atau bahan rujukan yang perlu anda baca untuk mencari maklumat dan membuat persediaan sebelum menghadiri sesi temuduga termasuk dokumen pekeliling bagi perkhidmatan awam yang menyediakan maklumat seperti tangga gaji penjawat awam, maklumat berkenaan cuti, kenaikan pangkat dan sebagainya.
Anda perlu membaca akhbar dan mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara. Penemuduga biasanya akan mengajukan soalan tentang dasar kerajaan dan maklumat berkaitan laporan ekonomi Negara. Oleh itu, calon dinasihatkan untuk melengkapkan diri dengan beberapa maklumat pengetahuan am yang penting seperti objektif dan peranan Rancangan Malaysia ke 8 (RMK8) atau RMK9 dan sebagainya. Lain-lain maklumat yang mungkin akan ditanya adalah tentang perbezaan antara Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Fungsi Sultan di setiap negeri dan juga fungsi yang Dipertuan Agong. Calon juga perlu mengingati nama-nama menteri setiap kementerian.
Calon juga boleh bertanya penjawat awam yang dikenali tentang maklumat yang perlu untuk membantu menjawab soalan denganlebih lancar dan yakin.
Mencari maklumat melalui laman sesawang jabatan yang berkenaan terutamanya jabatan yang anda pohon. Terdapat juga laman blog yang ditulis oleh calon-calon yang pernah menghadiri sesi temuduga. Walau bagaimanapun, anda mesti berhati-berhati untuk tidak mengambil terus maklumat dari laman blog kerana sesetengah tulisan di blog adalah tidak relevan.
Anda perlu mengawal diri semasa berkomunikasi supaya sikap anda yang positif dapat ditonjolkan sekali gus memberi anda markah yang lebih dalam sesi temuduga tersebut. Sikap seperti amalan menepati masa, tidak suka memberi alasan, suka membantu orang lain dan sebangainya akan dianalisa oleh penemuduga dengan pertanyaan pelbagai bentuk soalan. Anda perlu bijak menilai dan menjawab dengan betul.
Apabila anda dipanggil untuk temuduga pastikan anda mencatat segala butiran berkenaan jawatan yang ditawarkan, tempat dan masa temuduga. Anda mesti bersedia untuk menerangkan dengan yakin kenapa anda ingin menyertai jabatan kerajaan. Antara jawapan yang anda boleh berikan ialah tujuan anda untuk menyumbang bakti kepada rakyat dan negara kerana anda mempunyai kemahiran tertentu seperti pengendalian komputer dan sebagainya.
Anda mesti mengumpul segala maklumat berkenaan jabatan yang terlibat dan nama-nama penting di dalam carta organisasi jabatan. Lebih baik lagi jika anda boleh menghafal maklumat tersebut untuk membantu anda menjawab soalan yang berkaitan semasa sesi temuduga
Anda dinasihatkan juga untuk menghafal Rukun Negara dan boleh mengolah maksudnya sekali. Fikirkan contoh-contoh yang boleh anda kaitkan bagaimana anda akan terjemahkan Rukun Negara dan diri anda apabila anda berjaya dalam temuduga dan jawatan yang dipohon.
Soalan berkaitan integriti seperti Pelan Integriti Nasional dan maklumat tentang rasuah adalah penting untuk anda kuasai.
Dapatkan maklumat daripada rujukan yang bagus, buat peta minda supaya senang anda ingat apabila ditanya, jawapan akan jadi lebih teratur. Isi jawapan yang teratur akan membuatkan penemuduga tidak keliru dan lebih gembira.
Calon mestilah bijak untuk menekankan kenapa pihak jabatan tersebut perlu memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat di jabatan tersebut. Berikan contoh yang sesuai bagaimana jabatan akan dapat manfaat apabila mengambil anda sebagai pekerja.
Buat rujukan tentang apakah tugas yang akan dilakukan untuk jawatan yang dipohon. Nyatakan kesediaan anda untuk bertugas diluar daerah jika perlu. Calon yang fleksibel dan mudah untuk diajak berunding akan mendapat lebih markah positif daripada penemuduga.
Nyatakan kesediaan anda untuk bekerja lebih masa apabila diperlukan. Berikan contoh bagaimana anda sebagai seotrang pelajar di universiti adalah seorang yang akan bekerja tanpa mengira masa supaya objektif yang ditetapkan tercapai.
Jangan lupa untuk membawa dokumen asal dan salinan dokumen untuk semakan oleh penemuduga.
Calon temuduga perlu ingat untuk mengelak diri daripada melakukan kesilapan-kesilapan berikut supaya peluang untuk ke tahap seterunya adalah cerah:
  • Menepati masa adalah suatu perkara yang perlu anda titik beratkan. Jangan sekali-kali anda hadir ke tempat temuduga lewat walaupun satu saat. Oleh itu, mulakan perjalanan ke tempat temuduga lebih awal. Jika anda terpaksa menaiki pengangkutan awam, sila semak jadual terlebih dahulu. Jangan menangguh untuk menyemak jadual pengangkutan awam pada hari temuduga. Jika perlu, minta pertolongan ahli keluarga untuk menghantar anda ke tempat temuduga. Jika anda lewat, anda tidak akan bertenang dan sukar untuk menumpukan perhatian semasa sesi temuduga. Ini akan menjadikan peluang anda untuk ke tahap seterusnya terbantut;
  • Kurang persediaan adalah kelemahan yang amat ketara yang akan menjejaskan peluang anda untuk berjaya dalam sesi temuduga;
  • Calon dinasihatkan supaya tidak bercakap terlalu banyak supaya jawapan yang anda utarakan tidak berputar belit dan mengendungi maklumat yang tidak bernas;
  • Semasa berkomunikasi, calon diingatkan supaya menunjukkan rasa yakin. Jangan teragak apabila menjawab soalan. Walau bagaimnapun, sikap yang terlebih yakin juga mungkin tidak akan membantu calon untuk menambat hati penemuduga. Sikap terlebih yakin selalunya melambangkan calon ialah seorang yang suka meninggi diri;
  • Pakaian yang tidak sesuai seperti yang telah dihuraikan dengan lebih lanjut pada permulaan panduan ini;
  • Berhati-hati semasa berjabat tangan atau bersalam dengan penemuduga. Calon mesti menjaga tata tertib bersalam antara bukan muhrim bagi individu muslim. Salaman yang lemah melambangkan individu yang tidak mempunyai keyakinan.
  • Calon dinasihatkan supaya tidak menipu samada semasa menjawab soalan atau apabila memberi maklumat peribadi. Anda mesti selalu berterus terang.
  • Individu yang suka mengkritik pihak lain tidak akan mendapat sokongan daripada penemuduga. Sikap ini perlu dijauhi.

Sesi temuduga yang bagus sepatutnya berjalan dengan komunikasi dua arah. Calon dinasihatkan untuk menyiapkan beberapa soalan untuk diajukan kepada penemuduga. Soalan yang diajukan mestilah yang berkaitan dengan jabatan, tugas-tugas yang akan dibuat, kemudahan yang disediakan oleh jabatan seperti kelab sukan dan sebagainya. Akan tetapi anda mesti berhati-hati supaya tidak mengajukan soalan yang mengundang kontroversi atau maklumat yang sudah pun anda perolehi semasa sesi temuduga.
Untuk menunjukkan anda amat berminat dengan jawatan yang anda pohon, anda patut mengajukan soalan tentang tempoh diambil oleh jabatan untuk megeluarkan keputusan samada anda berjaya atau sebaliknya.
Untuk menambat hati dan memberi anda satu kelebihan untuk berjaya, calon dinasihatkan untuk menghantar surat yang ringkas tanda terima kasih anda kepada setiap penemuduga selepas sesi temuduga.

Thursday, August 22, 2013

Teknik Mengendalikan Wang Gaji dengan Baik

salary_jobs
Seringkali wanita membelanjakan gaji bulanannya hanya untuk sepasang kasut Charles & Keith yang sudah lama diidamkannya. Belum lagi hasrat berbelanja yang membuak-buak ketika melewati rak penuh dengan pakaian berjenama yang menarik.
Apakah anda termasuk dalam kalangan wanita yang tidak dapat menahan hasrat berbelanja tersebut? Tentunya gaji sebesar manapun tidak akan cukup untuk memenuhinya. Terdapat beberapa cara mengendalikan gaji bulanan anda agar tidak cepat tiris :
1. Gunakan Kaedah yang Tepat
Banyak cara yang dapat dilakukan untuk mengendalikan wang gaji anda, salah satunya adalah membuat anggaran bulanan yang sesuai dengan kemasukan dan perbelanjaan wang anda. Buatlah kaedah yang sesuai dengan keperibadian dan gaya hidup anda. Seboleh mungkin asingkan 10% wang gaji anda untuk disimpan.
2. Utamakan Keperluan Primer
Lihat  agihan bulan lalu untuk mengetahui apakah kemasukan wang anda dapat memenuhi perbelanjaan setiap bulan. Buatlah catatan keperluan yang harus dibayar seperti untuk sewa rumah, membeli makanan dan perbelanjaan sekolah anak.
Kurangkan juga pengeluaran wang untuk perkara yang tidak perlu seperti membeli pakaian baru setiap bulan dan makan di luar setiap minggu. Utamakan keperluan primer agar tidak terjadi pemborosan pada wang anda.
3. Agihan Pendapatan
Catatlah jumlah kemasukan wang agar anda dapat mengira berapa jumlah wang yang harus belanjakan untuk bulan berikutnya. Apakah anggaran anda sudah tepat dan dapat menutupi semua perbelanjaan? Jika tidak, cubalah tahan daripada berbelanja untuk perkara yang dirasakan tidak diperlukan. Gunakan 90% daripada wang gaji anda untuk memenuhi keperluan termasuk kegunaan peribadi manakala 10% lagi untuk disimpan.

TEKNIK MENYIMPAN WANG

Hampir semua orang bersetuju bahawa mereka perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka. Tetapi ramai yang gagal untuk melakukannya. Mereka fikir bahawa kadar penyaraan hidup adalah terlalu tinggi, banyak bil yang perlu dijelaskan, terlalu banyak barangan yang perlu dibeli. Memang ada kebenarannya. Tetapi pada hakikatnya, walau siapa pun anda atau sebanyak mana sekali pun pendapatan, anda masih boleh menabung. Kemudian barulah anda boleh memutuskan sebanyak mana anda boleh ketepikan daripada pendapatan anda.
Ramai yang mempercayai bahawa sekiranya mereka tidak dapat menyimpan dengan banyak, maka mereka tidak perlu menyimpan. Mereka terlepas pandang fakta bahawa sekecil mana sekalipun jumlah yang disimpan dengan tetap, akan bertambah dalam jangka masa yang panjang. Seandainya anda menyimpan hanya lima peratus daripada pendapatan anda, maka jumlah yang tersimpan adalah sama dengan jumlah gaji penuh setahun dalam masa kurang daripada 20 tahun (malah beberapa tahun lebih kurang jika diambil kira jumlah faedah yang terkumpul dalam akaun simpanan anda). Ia kelihatan seperti suatu masa yang panjang, tetapi harus diingat bahawa kita memperkatakan tentang pendapatan penuh setahun! Oleh itu berapakah pula masa yang dikurangkan sekiranya anda menabung RM1,000 atau RM500?
Sebagai perbandingan, apakah yang anda boleh tunjukkan bagi wang yang anda tidak simpan itu? Cuba renungkan pada beberapa tahun kebelakangan dan tanya diri anda sendiri, apakah kerugian yang anda alami sewaktu menyimpan lima atau sepuluh peratus daripada pendapatan anda itu. Adakah ia terlalu ketara atau adakah ia menguntungkan? Adakah ia mendatangkan kepuasan sepertimana yang anda rasai sewaktu mengetahui jumlah wang yang terkumpul sehingga kini? Sudah tentu tidak.
Untuk menghilangkan tabiat berbelanja boros memerlukan kekuatan diri. Tetapi apabila jumlah simpanan anda bertambah, sedikit demi sedikit, ia akan menjadi lebih mudah. Malah, ia akhirnya menjadi suatu kenikmatan. Dan, sementara jumlah simpanan anda kian bertambah, anda juga akan menerima kadar kaedah yang membantu menambahkan jumlah simpanan anda dengan lebih cepat.
Bukankah benar bahawa segala apa yang anda benar-benar mahukan boleh diperolehi daripada simpanan anda? Luangkan masa seketika dan senaraikan dalam fikiran anda barangan atau perkara-perkara yang bernilai dan sesuai untuk disimpan. Adakah masuk akal sekiranya anda impikan untuk mendapat ganjaran dari mana-mana, atau mewarisi harta, ataupun daripada sumber-sumber kekayaan sekelip mata? Sudah tentu tidak. Anda tahu apa yang anda harus lakukan – mulakan menabung.
FORMULA UNTUK MENYIMPAN WANG
Formulanya adalah daripada lima patah perkataan – “BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU”. Sebelum anda membayar sewa kepada tuanpunya rumah atau peruncit atau sesiapa sahaja, pastikan anda BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU.
Teorinya cukup mudah. Jika anda cuba menyimpan daripada baki yang tinggal selepas membayar semua bil dan keperluan lain, anda tidak akan dapat menyimpan untuk diri anda. Jika sebaliknya, anda membayar diri anda terlebih dahulu, anda akan menjadi sedikit kaya setiap bulan, dan anda masih boleh menjelaskan pembayaran bagi segala keperluan yang mustahak daripada baki pendapatan anda (walaupun anda perlu lebih teliti mentadbirkan kewangan anda).
Jika anda tidak percaya ianya boleh dilakukan, pertimbangkanlah perkara berikut. Andaikan bahawa pihak kerajaan menaikkan cukai pendapatan bagi semua orang sehingga sepuluh peratus. Tiada siapa pun menyukainya, tetapi semua orang akan mendapati pendapatan mereka dikurangkan mengikut kadar potongan cukai yang baru itu. Selepas beberapa waktu penyesuaian, anda boleh menyelaraskan perbelanjaan anda mengikut jumlah pendapatan anda yang sedikit berkurangan itu. Anda terpaksa melakukannya kerana kemampuan anda sudah berkurangan.
Begitu juga dengan membayar diri anda terlebih dahulu. Formulanya sama. Jika anda mengetepikan sejumlah wang untuk akaun simpanan sebelum sesen pun dibelanjakan, bermakna anda membuat ‘pemotongan pendapatan’ anda sendiri. Akhirnya anda akan menyesuaikan penyaraan diri anda mengikut jumlah yang boleh dibelanjakan. Cubalah dengan sepuluh peratus daripada pendapatan anda – atau dengan hanya lima peratus. Anda akan terperanjat apabila mengethui bahawa menyimpan wang tidak akan menurunkan taraf hidup anda. Malah secara keseluruhan, ia akan mempertingkatkan kehidupan. Anda tidak akan jatuh miskin dengan menyimpan wang.
CARA-CARA UNTUK MEMULAKAN AKAUN SIMPANAN
Di sini ada beberapa idea yang boleh membantu anda menabung. Cara-cara ini telah berkesan untuk semua orang. Jangan cuba kesemuanya.
1. Daripada pertukaran wang anda seharian, simpanlah syiling-syiling pada kadar tertentu, seperti syiling sepuluh sen, syiling dua puluh sen, atau syiling lima puluh sen. Letakkan syiling-syiling tersebut ke dalam tabung. Anda tidak rasa kehilangannya, malah anda akan terperanjat apabila melihat begitu cepatnya ia bertambah.
2. Daripada hanya menyimpan syiling-syiling mengikut kadar tertentu, lebih baik anda menyimpan semua syiling pertukaran wang anda setiap hari.
3. Selepas anda membayar ansuran terakhir kereta anda ataupun pinjaman-pinjaman yang lain, tambahkan jumlah yang sama ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan yang mendatang. Anda sudah pun mempunyai tabiat mengetepikan jumlah tersebut setiap bulan, oleh itu teruskanlah dengan membuat pembayaran pada diri anda sendiri.
4. Jika anda mendapat pulangan cukai pendapatan, masukkanlah ia ke dalam akaun simpanan.
5. Jika anda menerima bonus, gunakanlah ia untuk membuka akaun simpanan atau untuk membesarkan jumlah akaun yang sedia ada.
6. Simpanlah wang pendapatan kerja lebih masa anda daripada membelanjakannya.
7. Jika anda dinaikkan gaji, simpanlah ia. Sebelum ini pun anda sudah biasa tanpa wang tambahan tersebut.
8. Simpanlah ke dalam akaun simpanan anda segala wang yang diterima sempena hari jadi, sewaktu menyambut hari perayaan atau sambutan-sambutan tertentu.
9. Pastikan wang anda bekerja untuk anda. Carumkanlah wang-wang yang berlebihan secepat mungkin ke akaun simpanan.
10. Amalkan program jangka-pendek ‘hidup sederhana’ dimana ketika itu anda menyimpan sebanyak mungkin. Jangan membeli sekiranya tidak perlu. Elak daripada pergi menonton, makan luar, atau perbelanjaan untuk segala bentuk hiburan.
ANDA TIDAK AKAN RUGI WALAU APA CARA SEKALI PUN
Menabung bukan sahaja membuat anda lebih kaya, malah anda juga akan mendapat ketenangan jiwa kerana kewangan anda kukuh. Anda akan lebih menghormati diri sendiri. Anda akan dapati bahawa corak kehidupan anda akan menjadi lebih teratur. Dan pastinya anda sedang menuju ke arah kejayaan kewangan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEJAYAAN KEWANGAN?
Kejayaan kewangan adalah mudah. Ia adalah keupayaan untuk mengumpul wang dan menerima pulangan daripada apa yang anda simpan. Apa yang anda belanjakan atau berapa banyak pendapatan anda bukannya penentu bagi kejayaan kewangan anda. Yang menentukannya ialah berapa banyak anda menyimpan!
BAGAIMANAKAH ANDA MENCAPAI KEJAYAAN KEWANGAN?
Pertamanya, ambillah suatu inventori untuk mengenalpasti kedudukan kewangan anda. Berapakah pendapatan anda? Ke mana perginya wang anda? Berapa banyak hutang anda? Berapa banyak simpanan anda? Dengan cara ini sahaja anda boleh mengenalpasti kedudukan kewangan anda yang sebenar.
Kedua, buat satu matlamat. Tentukan jumlah wang yang anda mahu dan bila anda mahu mencapai matlamat tersebut. Misalnya, katakanlah anda mahu memilik RM5,000 disimpan dalam masa lima tahun. Tulis matlamat anda ini. Kini anda telah mempunyai objektif yang tertentu.
Selepas anda mencipta matlamat itu, gunakan sebarang cara dalam penguasaan anda untuk mencapainya. Sambil anda beusaha ke arah matlamat itu, anda akan menerima perasaan keseronokan dan kepuasan di atas kerja yang anda lakukan. Anda akan mentadbir segala hal ehwal anda sendiri. Anda telah memiliki perasaan kebebasan yang tiada sesiapa pun boleh mengambilnya dari anda.
Kebanyakan orang berkata bahawa mereka mendapati sukar untuk menyimpan wang kerana terlalu banyak tempat di mana mereka terpaksa membelanjakannya. Jika mereka mahu, orang-orang seperti ini juga boleh menyimpan. Apa yang lebih penting ialah keinginan membara untuk beroleh kejayaan dengan kewangan anda. Anda perlu memutuskan untuk menyimpan lebih daripada membelanjakan.
UNTUK MENYIMPAN DENGAN LEBIH BAIK, ANDA JUGA PERLU BERBELANJA DENGAN BAIK
Orang yang telah mempelajari rahsia menabung selalunya juga mempelajari cara berbelanja dengan lebih baik. Mereka berusaha dengan pelan pentadbiran kewangan yang tetap, yang boleh mengawal segala perbelanjaan, yang juga membuat setiap ringgit bermatlamat. Jika idea-idea ini tidak boleh anda turuti – jika, selepas membayar diri anda terlebih dahulu, anda masih mempunyai hutang dan terpaksa pula meminjam sebanyak mana yang anda telah simpan – maka anda harus pergi kepada pelan dasar kewangan. Anda akan dapati bahawa anda mempunyai terlalu banyak pembocoran dalam belanjawan anda yang boleh ditampal supaya anda tidak lagi sekerap mungkin memerlukan wang simpanan anda.
IA BOLEH DILAKUKAN!
Orang lain telah melakukannya. Anda juga boleh berbuat demikian! Jika anda benar-benar berhasrat untuk berjaya dalam menabung, anda akan melakukannya.

Wednesday, August 21, 2013

Sentiasa Cemerlang: Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2013

Sentiasa Cemerlang: Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2013: Pn Arsun Jasin menyerahkan cenderamata kepada tokoh Guru Negeri Pulau Pinang Tuan Haji Fadzil Bin Zakaria selapas merasmikan Hari Anugera...

Prinsip Kejayaan : Lima syarat membina matlamat hidup

Matlamat membolehkan anda mempersepadukan diri anda dengan semua rukun sejagat dn membolehkan rukun-rukun ini membantu anda mencapai kejayaan. Kajian pada individu yang berbeza tidak lari dari keupayaan dirinya membentuk matlamat hidup.  Sayang sekali, kita dapati tidak sampai 5% orang yang membentuk matlamat hidup.  Ada orang menyatakan, individu  yang tidak mempunyai matlamat hidup akan tetap bekerja untuk individu yang mempunyai matlamat hidup.


Maka, keupayaan membina matlamat hidup serta keupayaan mengatur strategi tindakan adalah teknik yang terpenting dalam menentukan keupayaan seseorang  untuk berjaya. Jika anda belajar cara mengatasi matlamat hidup untuk setiap masalah yang dihadapi, ia akan mecetuskan komponen penjana matlamat hidup.  Komponen ini akan memimpin anda menuju ke matlamat hidup anda. Ia juga memimpin matlamat hidup bergerak menuju anda. Ia menjadi suatu penggerak yang memastikan diri anda mencapai matlamat hidup anda.  Setiap insan mempunyai suatu komponen kegagalan yang dipanggil zon keselesaan. Kebanyakan orang gagal menghidupkan potensi dirinya kerana mereka terkongkong oleh komponen kegagalan.  Bila anda membentuk matlamat hidup , anda mencetuskan daya perjuangan yang positif.  Matlamat hidup yang nyata membolehkan anda membebaskan diri dari kongkongan zon keselesaan.  Mengapakah seseorang  tidak membentukka matlamat hidupnya? Ini kerana dirinya tidak tahu pentingnya matlamat hidup. Tidak ada seseorang  yang mengajar kita tentang matlamat hidup waktu kecil dan kita tidak tahu mengapa perlu mendirikan matlamat hidup. Kedua , ramai orang tidak tahu cara mendirikan matlamat hidup. Ilmu mendirikan matlamat hidup tidak pernah diperkenalkan oleh sistem pendidikan sekular di sekolah. Pelajar juga tidak diajar cara bagaimana hendak mencapai matlamat hidup  mereka.
Ketiga, kerana takut dibantah oleh orang lain. Jika kita tidak mendirikan matlamat hidup, kita tidak akan dikritik oleh orang lain. Kami akan mengenepikan rasa takut gagal mencapai matlamat.
Keempat , kerana takut diri akan gagal.  Kebanyakan orang dewasa gagal kerana diri mereka mempunyai ketakutan tentang gagal. Mereka rasa, “saya tidak boleh”, “Saya akan membuang masa dan duit”, Setiap kali peluang kejayaan datang, juga akan timbul kemungkinan untuk gagal.  Sebenarnya, semakin banyak kegagalan ,semakin banyak anda manfaat dan belajar darinya.  Ini juga bermaksud semakin mudah untuk anda mencapai prestasi yang anda hajatkan.
Lima syarat penetapan matlamat hidup.
Pertama : seseorang  hendaklah mempunyai kesedaran bahawa perubahan merupakan syarat penting dalam  hidup.  Perubahan adalah satu peringkat dalam pembangunan dan perkembangan diri.  Seseorang  yang enggan membangun juga enggan mengubah dirinya. Sememangnya, perubahan sentiasa menakutkan.  Ini dikenal sebagai situasi keutuhan diri. Seseorang  terus cenderung untuk melindung zon keselesaan dirinya. Tetapi , bila perubahan dijalankan berlandaskan matlamat hidup yang nyata, rasa ketakutan tidak akan wujud.  Bila kita dapat mengawal perubahan hidup, kita akan rasa yakin untuk mengawal hala tuju hidup. Ini adalah kunci kejayaan kita. Kunci kedua ialah mengesan aspek kecemerlangan.  Ini kerana setiap orang mempunyai keistimewaan tersendiri dan membolehkan anda mencapai kejayaan luarbiasa.  Anda boleh mengesan aspek kecemerlangan berdasarkan tiga pendekatan berikut. Pertama , perhatian anda , Apakah perkara yang paling menarik perhatian anda ?
Kedua, minat anda ? Apakah bidang yang paling menarik minat anda ?
Ketiga , penerapan anda ? Bidang apa yang paling mudah anda fahami ?
Ketiga-tiga perkara di atas merupakan faktor yang paling penting dalam usaha mengenal kekuatan dan kecenderungan anda.
Seterusnya, anda perlu mengenal lombong intan hidup anda. Setiap peluang sering tersirat di sebalik kerja yang berat.  Anda perlu mencurahkan tenaga dan usaha yang gigih untuk mengesan lombong tersebut.  Sekarang, lihatlah pada bawah tapak kaki anda dan kesan lombong intan anda. Anda akan temui bakat keunikan sebagai bidang kecemerlangan anda.
Keempat , kekalkan matlamat hidup yang seimbang.  Terdapat tiga haluan yang seimbang.  Yang pertama , anda perlu matlamat peribadi dan matlamat keluarga.  Ini merupakan jawapan kepada semua kemuskilan hidup.  Ia menjelaskan sebab anda hendak hidup. Kedua, anda perlu matlamat hidup kerjaya. Ini adalah matlamat mencari wang, cara mana dapat meningkatkan produktiviti kerja.  Ketiga , anda perlu matlamat pembangunan diri untuk bersiap sedia dengan masa depan yang lebih mencabar.  Ia adalah suatu peralatan matlamat hidup. Kelima , mahu membentuk misi hidup yang nyata. Terlebih dahulu, pilih satu matlamat hidup yang paling penting pada anda. Matlamat hidup ini perlulah suatu yang dapat anda kawal. Ia mestilah jelas dan dapat dilihat, dapat dicapai dan diperolehi.  Akhir sekali, anda perlu matlamat hidup jangka panjang dan matlamat hidup jangka pendek. Jangka pendek merujuk pada tempoh 90 hari manakala jangka panjang mengambil masa dua ke tiga tahun. Misi hidup anda perlulah dua ke tiga tahun.  Kemudian , bahagikan misi anda kepada beberapa peringkat mengikut julat tiga bulan setiap peringkat.
Seterusnya, anda perlu menjawa tujuh soalan berikut demi membantu anda membentuk dan memastikan matlamat hidup diri sendiri.
Soalan yang pertama : Sebutkan lima perkara yang paling bernilai dalam hidup anda
Sila tuliskan lima perkara tersebut mengikut turutan keutamaan.  Ini kerana nilai diri anda hanya akan tercetus bila matlamat hidup anda sejajar dengan nilai diri anda. orang yang berjaya sentiasa tahu nilai diri mereka dan mereka sentiasa bertanya , “Apakah nilai hidup saya.”
“apa yang saya percaya”.  Ini penting untuk menyelaraskan kuasa luar dengan kuasa dalaman.
Soalan kedua , tuliskan tiga matlamat hidup yang paling penting dalam hidup.Anda diminta menulisnya  dalam tempoh 30 saat. Dalam masa yang terhad ini, Minda Separa Sedar akan mengeluarkan tiga perkara yang kini melanda diri anda sebagai perkara yang penting. Ini adalah satu soalan yang sangat membawa perangsang. Tanyakanlah soalan ini kepada rakan-rakan anda yang lain untuk membantu mereka mengenal diri sendiri.
Soalan ketiga, jika doktor anda memberitahu anda hanya ada lagi sisa hidup 60 hari sahaja.  Bagaimana cara anda hendak menghabiskan 60 hari ini? Apakah yang anda hendak lakukan? Soalan ini akan membawa diri anda kembali ke nilai diri yang paling asasi. Ia akan memberitahu anda nilai hidup yang sebenar. Bandingkan cara hidup anda sekarang dengan corak hidup hidup 60 hari tersebut.  Ingat, anda tidak akan tahu bilakah 60 hari yang terakhir.
Soalan keempat , Jika anda berjaya mendapat loteri 100 juta.  Bagaimanakah anda hendak mengubah cara hidup anda ? Apakah cara anda mengerjakan tugasan anda ? Juga tanya jika anda mempunyai masa dan kekayaan yang secukupnya, apakah cara anda mengurus hidup sendiri?  Yang penting , anda perlu tetapkan satu matlamat, aturkan perancangan, mengorak langkah dan terus maju ke depan.  Mungkin anda tidak akan mencapai matlamat hidup secepat seorang jutawan, tapi yang pastinya, anda akan mencapainya.  Soalan ini membantu anda membebaskan diri anda dari kongkongan minda sendiri.
Soalan kelima , apakah perkara yang anda hendak buat tetapi anda takut melakukannya. Tuliskan semua perkara yang anda fikirkan pada sekping kertas.  Soalan ini memberitahu anda penghalang utama yang menyekat kemajuan dan potensi diri anda. Apakah had keyakinan diri anda.
Soalan keenam , apakah aktiviti hidup yang membuatkan anda merasa diri sebagai seorang yang penting dan berharga. Ini adalah cara mengesan aspek kecemerlangan diri sendiri. Ini kerana , hanya kalau anda merasa kerja anda penting, anda boleh mengecapi kecemerlangan.
Soalan ketujuh , jika anda tahu anda tidak akan kalah, apakah impian teragung yang anda hendak laksanakan?  Yang penting sekali, anda perlu tahu sejauhmanakah anda hajatkan impian ini menjadi kenyataan. Adakah anda sudi berkorban untuk mencapainya. Selagi anda mempunyai hajat yang tinggi dan sudi berkorban untuk mencapainya, anda pasti akan berjaya.
Tujuan kita menanya soalan tadi ialah untuk membolehkan anda mengesan matlamat hidup hidup diri sendiri dengan jelas dan nyata.  Saya cadangkan anda menanya semua soalan ini setiap hari sehingga anda dapat menjawab dengan jelas dan penuh keyakinan.

Prinsip Kejayaan : Membina hidup luarbiasa



Kajian menunjukkan manusia boleh gunakan kuasa luarbiasa yang wujud dalam alam sejagat.   Kuasa ajaib ini menjangkaui ciri lumrah pada seseorang  insan.  Kami namakannya sebagai Minda raksasa .Ia adalah suatu punca segala inspirasi dan motivasi diri.  Setiap naluri anda, setiap hajat , semangat dan inspirasi anda, setiap reaksi semulajdi anda , setiap cetusan minda yang tidak dijangkakan, malah daya peneroka dan kreativiti , setiap idea baru dan pendapat diri anda, semuanya berpunca dari Minda  raksasa
Jika anda boleh fahami dan mengesan kuasa Minda raksasa  ,maka hidup anda akan tetap berubah.  Ini kerana Minda raksasa akan membebaskan diri anda dari kongkongan ilmu, sumber bahan mentah dan persekitaran.  Ia menyalurkan kuasa penyelesaian yang tiada had untuk mengatasi setiap masalah yang melanda diri anda. Ini seterusnya membantu anda mencapai matlamat hidup anda.

Apakah ciri Minda Raksasa?
Pertama, masa ia bertindak untuk menyelesaikan masalah hidup anda , Minda raksasa akan meneroka semua sumber ilmu dan data yang terkumpul dalam Minda Separa Sedar anda. Ini bermaksud semua pengalaman yang terlantar dalam Minda Separa Sedar.  Ia juga boleh membezakan maklumat yang benar dari maklumat yang salah, seterusnya menyalurkan keputusan yang benar untuk anda.
Ciri yang kedua , Minda raksasa menyumbangkan idea yang menjangkaui semua pengalaman anda yang lalu.  Ia memberi pendekatan baru untuk melaksanakan sesuatu luar dari skop pengalaman anda yang lalu.  Anda mungkin tidak mempunyai kefahaman yang mendalam tentang sesuatu hal, tetapi ia tetap akan menjelma dan menolong anda.
Ciri yang ketiga, Minda raksasa  akan berfungsi selama 24 sehari tanpa berhenti. Jadi sebelum anda menyerah matlamat hidup dan masalah hidup anda kepada Minda raksasa , fahami dan sedar dahulu punca masalah sebenar.  Seterusnya, tepikan masalah anda. Minda Separa Sedar akan terus beroperasi sehingga menemui jawapan kepada kemuskilan anda.
Ciri keempat, Minda raksasa akan terus beroperasi secara automatik untuk menyelesai sebarang kemuskilan.  Sebelum anda mencapai matlamat hidup yang anda hajatkan, anda tidak perlu melihat atau mengesan dengan terperinci matlamat hidup tersebut.  Selagi anda berani mengorak langkah pertama , dan kemudian menyelesaikan secara peringkat masalah yang bakal datang. Selagi anda telah bermula, Minda raksasa akan memberi jawapan untuk menyusuri langkah seterusnya. 
Ciri kelima, Minda raksasa mempunyai kuasa mengejar matlamat hidup yang tersendiri.  Selagi anda mempunyai hajat untuk mencapai sesuatu matlamat, Minda raksasa akan menjelma dan menonjolkan kuasanya.  Minda raksasa akan memberi anda kekuatan dan semangat serta keperibadian untuk menuju kepada matlamat hidup anda.  Tapi, anda mestilah mempunyai matlamat hidup yang nayat serta keinginan yang berkobar-kobar untuk mencapainya. 
Ciri keenam , Minda raksasa dapat bertindakbalas dengan positif pada pengesahan diri yang jelas dan dinamik.  Bila ditambah dengan emosi diri yang bersemangat, setiap ayat pengesahan diri akan menjadi suatu kuasa yang amat dominan dan bersifat menjajah.  Seterusnya, kata-kata pengesahan diri ini akan disalurkan dengan segera ke dalam Minda Separa Sedar. Semua ini akan berganding dengan Minda raksasa untuk menciptakan keajaiban dalam hidup.
Selain dari itu, keputusan diri yang kuat dan jiwa perjuangan  yang bersungguh-sungguh , disepadukan dengan janji untuk melibatkan diri secara sepenuhnya; anda akan menggiatkan kuasa Minda raksasa yang seterusnya membantu anda menegcapi hajat anda. 
Ciri ketujuh , hanya kalau anda menggunakan dan percaya sepenuhnya kuasa Minda raksasa , baru ia mengembang. Sebaliknya,  , bila anda tidak perlukannya, ia akan hilang. Maka, semakin anda gunakan, semakin anda percaya dengan keajabannya, maka semakin ia mengembang dengan cepat. Hidup manusia penuh dengan cabaran.  Hanya kalau anda boleh mendapati sumber kekuatan ini,  hidup anda akan terus kecundang dan penuh dengan perasaan kesal

Ciri kelapan , jika anda mempunyai harapan yang positif terhadap setiap apa yang anda hajatkan, Minda raksasa akan memainkan peranan yang amat besar sekali.  Maka, jadikanlah anda seorang yang kegila-gilaan untuk yang terbaik, sentiasa menjangkakan setiap kejadian yang berlaku dalam hidup anda adalah suatu yang terbaik. Minda raksasa akan menarik orang dan peristiwa kepada hidup anda.
Ciri kesembilan pula menyatakan, jika anda menumpukan sepenuh perhatian pada sesuatu masalah dan tidak kisah sama seklai dengan apa yang terjadi, Minda raksasa akan memainan peranan yang besar.  Tapi, dalam kedua-dua keadaan ini, Minda raksasa tidak dapat menonjolkan kuasanya.   Jadi, untuk anda menghidupkan kuasa Minda raksasa, anda hendaklah mendefinasikan masalah dengan bersungguh-sungguh dan seterusnya mengumpulkan maklumat yang sebanyak mungkin untuk tujuan penyelidikan. 
Ketiga,  berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 
Akhirnya, serahkan masalah kepada Minda raksasa dan anda hanya tumpukan pada hal lain yang tidak berkaitan. 
Ciri ke sepuluh , Minda raksasa akan memberi jawapan yang sesuai mengikut keadaan dan masa yang berseuaian.  Anda akan dapati jawapan yang anda hajatkan akan timbul pada masa yang paling sesuai. Tetapi, anda perlu mengambil tindakan yang segera. Ini kerana jawapan Minda raksasa mempunyai had masa tersendiri.  Jika anda tidak menggunakannya, ia akan hilang.  Ini bermaksud, anda hendaklah percaya dengan kuasa Minda raksasa dan terus bertindak.
Ciri ke sebelas , Minda raksasa akan menyumbangkan semua pengalaman yang diperlukan oleh anda untuk berjaya.  Malah, ia membawa pengalaman yang berbagai bentuk.  Tidak kira apa sahaja bidang yang anda ceburi, anda akan mengetahui pengalaman dan kepakaran tertentu yang dapat memimpin anda untuk mencapai matlamat hidup yang dihajatkan.   Bila anda mempunyai matlamat hidup yang nyata dan berusaha dengan kuat, anda akan dapati matlamat hidup anda membawa diri anda melakukan berbagai perkara yang amat berlainan di tempat dan persekitaran yang berbeza.
Akhirnya, teknik sepuluh minit terakhir akan membolehkan anda melihat suatu kejadian di saat-saat penamat. 
Ciri ke dua belas , Minda raksasa akan menentukan kualiti percakapan dan tindakan anda serta akibatnya. Kuasa Minda raksasa diibaratkan sebagai sebuah mesin yang terus berfikir.  Ia bertujuan menyelaraskan percakapan anda dengan konsep diri anda serta misi hidup anda.  Selagi anda berikan berikan petunjuk dan arahan yang jelas, ia akan terus mencetuskan percakapan dan menghasilkan akibat yang anda hajatkan.
Dengan kata lain , seseorang  yang akan menemui jawapan secara luar jangka pada saat dia perlukan jawapan dan sentiasa dapat cari apa sahaja yang anda hendakkan.
Pada ketika lain, dua perkara yang tidak seiras berlaku serentak pada suatu masa yang seterusnya membantu anda mencapai matlamat hidup anda.
Minda raksasa memainkan kuasa yang amat tinggi dalam alam sejagat.  Setiap perkara dalam dunia akan bertindak megikut arahan dan kemahuan anda dan membentuk urutan makna yang tersendiri. 
Ciri ke tiga belas, Minda raksasa mempunyai kuasa ruang tersendiri, ini bermaksud jika anda menetapkan kuasa Minda raksasa terlebih dahulu, ia akan tetap berkesan kepada anda.  Anda boleh gunakan minda raksasa waktu pagi atau waktu mencari tapak perhentian kereta.
Rukun operasi Minda raksasa menyatakan Minda raksasa mengetuai dan memimpin aktiviti hidup kita. Apa sahaja yang anda rancangkan, apa sekalipun matlamat hidup anda, apa sahaja idea yang anda hendakkan akan tetap disalurkan oleh Minda raksasa ke dalam aliran hidup seharian.  Cara terbaik untuk mencetuskan kuasa Minda raksasa ialah dengan mengamalkan teknik rangsangan.
Anda perlu bersendirian untuk mencetuskan kuasa Minda raksasa.  Duduk berseorangan dalam masa dua puluh ke tiga puluh minit sambil mendengar setiap suara kecil hati anda.  Anda akan dapat setelah beberapa lama, hati anda menjadi semakin tenang dan selesa seperti air yang jernih. Pada waktu ini, berbagai idea dan pendapat akan mula muncul.  Masa ini, jika anda terus tulis atau bertindak mengikut apa yang terfikir, anda akan dapati semua masalah akan hilang.
Seterusnya, gunakan teknik berfantasi.  Fikirkan secara dan berimpian dan merenung kosong, dekati alam semulajadi, musik klasik, proses menenang diri, meditasi dan berfikir, kaset motivasi diri akan juga mencetuskan Minda raksasa anda.
Jawapan Minda raksasa mempunyai tiga sumber.
Pertama, sumber intusi , iaitu suatu perasaan yang kuat dari dalam yang menjelma secara kuat. Anda akan rasa , inilah jawapannya.
Kedua , peristiwa yang tidak terjangka.  Sesiapa yang anda jumpa , maklumat yang anda perlukan adalah jawapan yang  anda hendakkan.
Ketiga, sesuatu yang berlaku dengan tiba-tiba tanpa dirancang sama sekali

Bagaimana anda boleh tahu jika sesuatu yang berlaku adalah suatu kuasa Minda raksasa. Caranya amat mudah.
Bila jawapan itu muncul, ia adalah suatu yang lengkap dan dapat menyelesaikan semua masalah secara lengkap.
Kedua , Anda akan merasa ceria dan riang, dengan jawapan yang diperolehi. Amat nyata, ia adalah jawapan yang paling sesuai sekali.
Ketiga , Bila anda dapat jawapan dari Minda raksasa, anda akan mempunyai kegembiraan dan keriangan hati. Nilai diri meningkat dan semangat anda semakin kuat Rukun operasi Minda raksasa menentukan setiap tindak-tanduk anda. Ia adalah suatu kuasa yang mengelolakan nasib hidup seseorang.  Setiap rancangan , matlamat hidup dan idea yang terus diabadikan dalam pemikiran, ia akan diserap pleh Minda raksasa dan sidalurkan ke dalam hidup seharian.  Inilah punca kejayaan orang yang hebat dalam dunia. 
Paling menarik sekali, anda juga mempunyai kuasa untuk mengecapi kejayaan yang anda hajatkan dengan prinsip dan pendekatan yang sama.  Selagi anda tetapkan matlamat hidup anda dengan jelas dan fahami apa yang  anda benar-benar hendaki, terus memikirkan matlamat hidup dan tidak mengizinkan fikiran anda lari dari hajat anda , matlamat hidup anda pasti akan menjadi kenyataan. 

Azie Kitchen: Koleksi Resepi Nasi Ayam Azie Kitchen

Azie Kitchen: Koleksi Resepi Nasi Ayam Azie Kitchen: Kalau ditanya kenapa saya punya banyak sekali resepi Nasi Ayam? Jawabnya kerana anak anak saya memang suka sangat makan nasi ayam....

Tuesday, August 20, 2013

PELIHARALAH KAMI SEBAGAI JIWA IKHLAS



Wahai Subuh yang damai...yang di dalam mu terurai janji kemuliaan hidup kami....Jika kami ikhlas seawal mungkin menyiapkan kemanfaatan bagi sesama....Tuhan akan ikhlas mengindahkan seluruh hari ini bagi kami....Tuhan kami kekasih-kekasihMu yang kecil ini....membaikkan diri dan mengabdi....untuk kebahagiaan sesama hanya keranaMu....Peliharalah kami sebagai jiwa ikhlas yang Kau damaikan dan sejahteraan......Hari ini, baikkanlah kesihatan dan pekerjaan kami....peliharalah keselamatan dan nama baik kami...... mudahkanlah rezeki kami dan ceriakanlah hati kami...Tuhan....kami betul-betul berharap....Amiiin....

Monday, August 19, 2013

10 TIPS CEPAT NAIK PANGKAT


  1. Tingkatkan kemahiran diri - Kuasai pekerjaan anda sambil terus memperluaskan wawasan dan meningkatkan kemahiran diri. Jangan lepaskan peluang sekiranya anda ditawarkan mengikuti mana-mana latihan atau seminar dalam usaha meningkatkan kerjaya. Sentiasa mengambil tahu segala hal yang berkaitan dengan posisi baru yang disasarkan sehingga anda tahu kemahiran yang mesti ditingkatkan demi mendapat jawatan tersebut.

  2. Jaga hubungan dengan pihak atasan - Pihak atasan merupakan orang yang berkuasa menentukan sama ada seseorang kakitangan itu layak atau tidak untuk menerima kenaikan pangkat. Sebagai kakitangan bawahan, anda perlu tahu cara untuk menjaga hubungan baik dengan pihak atasan. Bukan tujuan membodek tetapi tunjukkan bahawa anda mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik. Selain itu, anda juga perlu mengetahui apa yang diperlukan oleh organisasi anda.

  3. Pelihara rangkaian anda - Bina rangkaian melalui jalinan hubungan dengan rakan-rakan dan jabatan lain. Juga jaga hubungan dengan klien-klien yang pernah atau masih bekerjasama dengan syarikat tempat anda bekerja. Misalnya anda boleh mengatur janji temu makan tengahari dan sebagainya.

  4. Harga diri anda - Buatlah portfolio mengenai pencapaian anda selama bertugas di sesebuah syarikat. Susun dalam fail yang rapi agar mudah mencarinya. Cara ini akan memudahkan anda mengetahui sejauh mana sumbangan anda kepada syarikat yang diwakili sekaligus mengukur kemahiran yang dimiliki.

  5. Berikan energi positif - Jika ingin dipercayai oleh pihak atasan, maka anda haruslah memberi penampilan dan kebolehan yang diyakini kepada orang-orang sekitar. Sekiranya ingin dijadikan contoh dikalangan teman sepejabat, anda mestilah mampu membuat orang lain percaya dengan pekerjaan anda. Jika ingin menjadi contoh, anda harus boleh membuat orang lain percaya diri dengan pekerjaan mereka dan tidak pernah mengeluh terhadap pekerjaan anda sendiri.

  6. Perlihatkan kemampuan anda - Salah satu jalan agar pihak atasan melihat potensi dalam diri anda iaitu menonjolkan personaliti yang aktif dan kebolehan tersendiri. Caranya antara lain dengan menyelesaikan projek-projek yang ditugaskan kepada anda dengan baik, melontarkan idea-idea untuk meningkatkan keuntungan syarikat atau sebagainya lagi.

  7. Menjadi peribadi yang 'sesuai' - Tunjukkan sikap kerja anda semaksimum mungkin agar sesuai dengan posisi anda. Misalnya, jika anda bertugas dalam bahagian pemasaran dan menyasarkan untuk menjadi pengurus pemasaran, maka belajarlah untuk bersikap seperti seorang pengurus.

  8. Ciptakan peluang - Tidak semua orang memiliki peluang untuk diberi tanggungjawab dalam sesebuah projek. Sekiranya anda tidak memiliki kesempatan itu, maka ciptakanlah peluang tersebut. Misalnya, jika anda terfikir satu idea yang dapat memberikan sumbangan penting kepada syarikat, buatlah proposal dan persembahkan di hadapan pihak atasan anda.

  9. Kesabaran dan kesetiaan - Salah satu faktor yang mempengaruhi seseorang untuk dipromosikan adalah kesetiaan mereka kepada syarikat. Mungkin jika orang-orang di atas anda bersara, maka secara perlahan-lahan akhirnya anda akan mendapat posisi yang disasarkan. Oleh itu tetaplah bersabar sambil terus membuktikan kemampuan.

  10. Memahami situasi dan keadaan - Lihatlah situasi di pejabat anda. Jika syarikat sedang menghadapi situasi yang meruncing, maka kesempatan untuk kenaikan pangkat menjadi semakin sukar. Anda perlu bersikap realistik menghadapinya. Kalau anda ingin perubahan, jalan terakhir iaitu cuba memohon pekerjaan di syarikat yang menawarkan kekosongan jawatan bersesuaian dengan kemahiran dan pengalaman anda.
Sememangnya semua yang bergelar pekerja mempunyai keinginan untuk dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi. Selain memperoleh faedah yang lebih baik berbanding dahulu, tanggungjawab yang perlu dipikul juga adalah lebih berat.
Maka, sebelum anda fikir layak menggalas jawatan lebih tinggi, sebaiknya anda perbaiki diri menjadi lebih baik berbanding dahulu demi kebaikan kerjaya anda sendiri serta syarikat yang diwakili.