Monday, August 19, 2013

HIDAYAH MILIK ALLAH



MAKSUD HIDAYAH :
-Iaitu cahaya petunjuk daripada Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk menuju jalan yang benar dan diredhai

SEBAB MANUSIA PERLU MEMOHON HIDAYAH
-Hidayat datangnya dari Allah dan bukan manusia yang memberi
-Fitrah manusia sendiri yang ingin kepada perkara yang baik dan benar, ia bertepatan dengan konsep hidayat yang diberi oleh Allah
-Hidayat mendorong sesorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik dan lebih beriman kepada Allah
-Hidayat Allah boleh menjauhkan sesorang dari melakukan dosa

CARA MENDAPATKAN HIDAYAT ALLAH
-Menggunakan akal fikiran dengan mengkaji dan meneroka alam supaya dapat mengetahui rahsia dan bukti kewujudan serta keesaan Allah
-Mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya
-Berakhlak mulia dalam pergaulan
-Membersihkan jiwa melalui amal ibadat

KESAN HIDAYAH ALLAH KEPADA MANUSIA
-Berubah tingkah lakunya daripada kufur kepada beriman
-Menikmati kemanisan iman
-Mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
-Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat
-Peningkatan ketara dalam ibadat sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah
-Mengamalkan perbuatan baik dan meningglkan perbuatan mungkar
-Tetap beriman sekalipun diseksa atau diberi tawaran kesenangan dunia supaya meninggalkan Islam

TANDA-TANDA SESEORANG ITU TELAH MENDAPAT HIDAYAH ALLAH
-Jiwanya cenderung kepada akhirat
-Selalu menjauhkan dirinya daripada tipu daya keduniaan
-Selalu bersiap sedia menghadapi kematian

KEWAJIPAN UMAT ISLAM MELAKUKAN DAKWAH
-Islam mewajibkan umatnya supaya menyampaikan dakwah dalam apa cara sekalipun. 
-Dakwah perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing
-Dakwah yang dilakukan perlu dengan cara yang baik supaya orang lain dapat berfikir tentang kebenaran Islam
-Kita tidak boleh berputus asa jika usaha dakwah tidak berjaya
-Kita dilarang menghukum dan menghina seseorang yang belum mendapat hidayat, sebaliknya hendaklah meneruskan usaha dakwah kerana tugas kita hanya menyampaikan dan bukan memberi hidayat.

No comments:

Post a Comment